penaja utama

02 January 2011

tugasan seterusanya...!

asalamualaikum...!

hari ini masuk hari kedua tahun 2011...sekejap jerkan...pejam celik pejam celik,dah nak masuk penggal persekolahan pertama,persediaan semua selesai,tinggal nak bayar yuran sekolah haziq jer,
esok pepagi angkut budak2 kecik dua orang ni pergi sekolah.kakak dah besar,dia boleh beli buku dan bayar yuran sendiri,tinggal nak sediakan duit jer...
bila bercakap soal duit,alahmdulillah...walaupun tak bayak mana hasil dari tugasan baru kaklong,tapi dapat juga la menampung perbelanjaan dapor,dan insyallah...tugasan lain akan bermula diminggu hadapan.sementara itu biar la semua nya dalam proses suaikenal dulu.jika semua sesuai,akan bermula lah semuanya...mintak2 tiada halangan...
sementara tugas baru yang ke-2 ni bermula,kaklong bercadang nak menjemput kakak&haziq balik dari sekolah...buat sementara ni jer la,nanti biar lah dia orang balik dari sekolah berjalan kaki shj,
lagi pun bukan nya jauh sangat...kaklong ada gak cadangankan supaya dia orang naik van,entah lah..tak nak pulak dia orang ni.....kaklong tak paksa,dia orang yang nak,ada gak ura2 nak belikan haziq basikal kek sekolah,tapi entah la...kaklong takut pulak nak lepaskan dia naik basikal ke sekolah,1.kenderaan lain banyak,takut dia tak berhati-hati. 2.kaklong takut,lagi panjang langkah nya selepas waktu sekolah.kaklong hanya memikirkan yang buruk nya dulu....

dan...

hari ni,sebelah petang kaklong akan ke pelangi semenyih untuk meraikan besday si fina..sepatutnya semalam...tapi mama dia nak buat hari ni.itu pun jika adik serta adik sepupu kaklong tak jadi datang kerumah hari ni....dia orang cakap nak datang,makan2 disini...tapi tak tau la jadi ke tidak.....
apa2 pun harap2 semuanya bejalan lancar....!

5 comments:

  1. kak long..suspen yo..apo lah tugasan baru kak long tu..
    kak long boto yo tu.akak pun risau nak bagi anak naik basikal..walaupun dah sekolah menengah..

    ReplyDelete
  2. semoga sukses & peroleh pulangan yg lumayan dlm tugasan baru..

    hhmm.. mcm bahaya la klong nk lpskan hzq bwk bsikal. jln raya sibuk..

    ReplyDelete
  3. wah,.. memang suspenlah kojo baru kak long ni

    kalau tak membahayakn takpe haziq naik basikal, cuma takut jln sibuk saja

    ReplyDelete
  4. Selamat bertugas...terima kasih atas ucapan....

    ReplyDelete